Sidang DUN P. Pinang 2 permohonan bina asrama warga asing diluluskan - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang 2 permohonan bina asrama warga asing diluluskan

H'NG Mooi Lye pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan dua permohonan bagi pembinaan asrama pekerja di kawasan Teluk Kumbar, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’ng Mooi Lye berkata, berdasarkan kelulusan yang diperakukan Jawatankuasa Perancang Negeri, anggaran sebanyak 32,680 pekerja warga asing akan ditempatkan di kawasan Teluk Kumbar.

”Permohonan pembinaan asrama adalah melibatkan pembinaan satu blok bangunan asrama pekerja setinggi 27 tingkat.

”Ia terdiri daripada ruang kedai enam  unit di aras satu, kemudahan rekreasi di aras satu dan dua dan 26 tingkat asrama pekerja melibatkan 512 unit di atas lot 1859, 1860 da 1865, Tingkat Teluk Kumbar, Mukim 9, Teluk Kumbar oleh Tetuan Chong Company Sdn. Bhd.,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mooi Lye (DAP -Jawi) menjawab soalan Mohamad Shukor Zakaria (Pas -Pulau Betong) mengenai status pembinaan asrama warga asing di Teluk Kumbar.

Mengulas lanjut, Mooi Lye berkata, permohonan kedua adalah perlingkungan semula dari zon perumahan am, zon rezab pantai dan zon jalan sedia ada kepada zon perniagaan am serta penambahan ketinggian bangunan daripada lima kepada 30 tingkat untuk pembangunan di atas lot 1435 dan 1437, Mukim 9, Teluk Kumbar oleh Tetuan Zantalite Enterprise (M) Sdn. Bhd..

“Sehingga kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hanya menerima Permohonan Kebenaran Merancang (PKM) daripada Tetuan Chong Company Sdn. Bhd. sahaja pada 27 Jun lalu dan permohonan tersebut masih dalam proses pertimbangan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sehingga kini, lokasi lot 1859,1860 dan 1865, Tingkat Teluk Kumbar, Mukim 9, Teluk Kumbar yang dikemukakan oleh Tetuan Chong Company Sdn. Bhd. bagi projek bangunan asrama pekerja adalah masih sama selaras dengan keputusan perakuan Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang pada 25 Jun 2022.

“Sebarang cadangan pemindahan lokasi perlu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan semula,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya