Sidang DUN: Kes denggi Selangor naik 65 peratus - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Kes denggi Selangor naik 65 peratus

Denggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar jangkitan penyakit demam denggi di negeri ini meningkat sebanyak 65 peratus pada Minggu Epid (ME) 45 yang berakhir pada 11 November lalu. 

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, sebanyak 50,730 kes demam denggi dilaporkan pada ME berbanding minggu sama tahun lalu iaitu 31,078 kes. 

“Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi seperti tahap kebersihan dan keadaan persekitaran lorong belakang rumah, kebun haram, rumah dan tanah kosong. 

“Selain itu, (diburukkan lagi) kerana kurangnya kepekaan masyarakat dalam menjaga persekitaran mereka,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz (BN) berkenaan penularan wabak tersebut dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Ke-15 Tahun 2023.

Dalam pada itu, Jamaliah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama (PH) memberitahu, Operasi Bersepadu Denggi Selangor (OBDS) dilaksanakan bermula pada 20 Februari sehingga 23 Mac di empat daerah yang mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu Petaling, Klang, Hulu Selangor dan Hulu Langat.

Jelasnya, program gotong-royong mega denggi peringkat Selangor yang telah diadakan di 16 lokasi di seluruh negeri dengan melibatkan penyertaan lebih daripada 3,700 penduduk setempat.

“Tindakan penguatkuasaan juga dilakukan melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 terhadap individu atau pemilik premis yang berpotensi menjadi punca pembiakan aedes melalui pengeluaran notis kompaun dan arahan penutupan premis,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya