Sidang DUN Kedah: Pelabur KRC tidak tarik diri

Sidang DUN Kedah: Pelabur KRC tidak tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dimaklumkan pembangunan projek mega Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap terkawal di sebalik kelewatannya ekoran pelbagai faktor termasuk berkaitan pengambilan tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah turut menafikan syarikat pelabur di KRC menarik diri sebaliknya menyemak semula model atau hala tuju bisnes masing-masing.

“Di sebalik ketidak tentuan pasaran sarung tangan getah global masa kini, pelabur yang menyatakan komitmen pelaburan sedang membuat semakan semula terhadap strategi mereka di KRC.

“Sebelum Covid-19, KRC adalah manifestasi terbaik bagi industri berkaitan getah tetapi ketika ini permintaan kepada sarung tangan berkurangan jadi setiap pelabur berfikir semula tentang keuntungan syarikat. Mereka melihat semula kemelut atau model bisnes ini tetapi tidak menarik balik cuma menyemak semula,” katanya ketika menjawab pertanyaan Loh Wei Chai (PH-Bakar Arang).

Tambahnya, pada masa ini Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) selaku pemaju KRC sedang mengadakan perbincangan dengan enam pelabur berpotensi baharu dalam pelbagai industri berasaskan getah seperti industri automotif, permotoran dan lateks.

“Para pelabur dijangka melabur sebanyak RM3 bilion dengan anggaran perwujudan 9,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Haim Hilman, fasa pertama KRC yang melibatkan pembangunan infrastruktur siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini dan bersedia untuk menerima pelabur pada tahun hadapan.

“Usaha membangunkan KRC berjalan dengan terancang. Pembangunan fizikal, rangka kerja tanah, rumah pam dan perparitan giat dilaksanakan. Bekalan elektrik sejauh 38.9 kilometer dari Tanjung Pauh, Jitra ke KRC akan siap. 

“Pada dasarnya pembangunan KRC bergerak dengan sedikit kelewatan ekoran isu berkaitan pengambilalihan tanah dan sebagainya namun dalam kawalan kita. Usaha untuk pastikan bekalan air terawat disediakan sedang direalisasikan Syarikat Air Darul Aman (SADA),” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya