Sidang DUN: Bina stadium RM787 juta bukan RM3.28 bilion - MB - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Bina stadium RM787 juta bukan RM3.28 bilion – MB

Stadium Shah Alam
AMIRUDIN Shari berucap dalam penggulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2024 pada Sidang DUN di Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Ke-15 Tahun 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion itu didakwa masih belum diluluskan oleh kerajaan negeri sepenuhnya kerana yang dipersetujui sehingga kini adalah naik taraf stadium yang melibatkan kos sehingga RM800 juta.

Sebaliknya, kos RM3.28 bilion tersebut yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2024 adalah melibatkan keseluruhan pembangunan termasuk kemudahan seperti taman awam dan pusat komersial.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bertegas untuk bertahan dengan kos RM787 juta bagi menaiktaraf Stadium Shah Alam yang merangkumi peralihan dan menaikkan tapak, projek tebatan banjir dan integrasi stesen Aliran Transit Ringan (LRT).

“Kita hendak maklumkan kalau melihat stadium Shah Alam sahaja RM787 juta, kita tak tengok Stadium Malawati.

“Tetapi, stadium yang akan dibina adalah bercantum ataupun bergabung dan ia akan boleh digunakan pada waktu malam dan siang, boleh digunakan indoor. Maknanya adalah ini gabungan daripada stadium malawati dan Shah Alam.

“Selepas itu, fasa kedua akan bermula untuk menyiapkan stadium dan jalan masuk serta kawasan-kawasan sekitar termasuk projek tebatan banjir kerana di dalam projek ini kita menyiapkan 10 ekar untuk projek tebatan dan kolam tebatan banjir yang termasuk dalam perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atau perancangan tebatan banjir Sungai Damansara yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam penggulungan Belanjawan Selangor 2024 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Kemudian, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua (PH) menjawab celahan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung peningkatan kos daripada RM325 juta kepada RM800 juta dan RM3.28 bilion.

 

Penilaian asal RM325 juta

Menurutnya, kos RM325 juta itu dibuat oleh Menteri Besar Ke-14 (Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang menjelaskan jumlah tersebut ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya masih ingat ketika itu kerana saya merupakan Pengerusi Darul Ehsan Facility Management (DEFM) dan terlibat dalam proses penilaian dan pengambilan semula pentadbiran Stadium Shah Alam.

“Angka RM787 juta itu adalah untuk menaiktaraf Stadium Shah Alam sahaja sebab itu saya sebutkan naik taraf sahaja kita retain di antara RM700 hingga RM800 juta dan kita tidak akan berubah.

“Tetapi konsep pembangunannya sedikit berubah kerana sebelum ini adalah konsepnya adalah land swapping kepada tanah-tanah keseluruhan 172 ekar (69 hektar). 

“Maknanya hanya buatkan stadium, laluan masuk dan mungkin ada kawasan lapang dan sebagainya dan lain-lain akan diberikan ruang kepada pemaju membangunkan mengikut kapasiti dan pembangunannya,” jelasnya.

Tambahnya, daripada jumlah 69 hektar itu, sebanyak empat hektar (10 ekar) akan dikurangkan bagi pembinaan projek tebatan banjir dam kolam takungan.

 

Elak stadium terbengkalai

Dalam masa sama, Pengerusi PH itu turut menjawab celahan daripada ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkenaan senarai tanah dan kebimbangan terhadap pembiayaan sama ada melibatkan kos perobohan atau merangkumi pembinaan semula.

“Kita sudah kenalpasti 19 lot tanah. Kita sedang kenal pasti beberapa keping tanah lagi di beberapa kawasan yang kita hendak unlock segera, dan saya percaya kita akan dapat capai minimum dalam RM800 juta untuk kita swap dalam masa terdekat.

“Saya tidak mahu dahului keputusan MMKN, tetapi saya percaya kita ingin siapkan juga walau bagaimanapun menjelang 2026 atau 2027, perobohan akan dimulakan, penggantian tanah, kalau perlu bayar kita cari wang dengan hasil yang ada, kita boleh bayar dari semasa ke semasa untuk kita tunaikan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya