Sidang DUN: Azmin mohon mesin fotostat, pencetak, komputer dalam Pejabat Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Azmin mohon mesin fotostat, pencetak, komputer dalam Pejabat Ketua Pembangkang

Ketua Pembangkang
MOHAMED Azmin Ali mengutarakan cadangan berkenaan kemudahan ketua pembangkang dalam Sidang DUN Selangor pada Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Ke-15 Tahun 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri digesa menyediakan kelengkapan dan kemudahan dalam Pejabat Ketua Pembangkang Selangor bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok itu dapat memainkan peranan efektif sebagai pihak semak dan imbang.

Kemudahan tersebut termasuklah mesin fotostat, pencetak dan komputer bagi membolehkan ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri itu memainkan peranan dengan lebih berkesan memandangkan jumlah pembangkang lebih ramai berbanding penggal lepas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kekuatan pembangkang kini meningkat seramai 22 orang menghampiri jumlah backbenchers kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) 24 orang.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar kerana sudah menyediakan sebuah kereta baharu, Toyota Camry, saya ucapkan terima kasih tetapi bagi saya itu bukan yang kita berikan keutamaan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak menerima kenderaan ketua pembangkang dan menyerahkan semula kepada kerajaan negeri.

“Apa yang saya perlukan adalah kemudahan di pejabat ketua pembangkang seperti mesin fotostat, pencetak, komputer kerana itu dapat membantu ADUN untuk berfungsi secara efektif sebagai blok semak dan imbang,” katanya dalam Sidang DUN Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang turut mencadangkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi melantik penyelidik kepada DUN Selangor untuk membantu anggotanya mendapatkan data dan fakta tepat.

“Ada baiknya dewan diberikan sokongan dengan peruntukan yang lebih supaya kita dapat melantik penyelidik lebih ramai untuk membantu ADUN melakukan kajian supaya perbahasan mereka dapat dimanfaatkan oleh DUN. 

“Kerajaan negeri juga dapat memberikan bantuan bagi memastikan perbahasan dan perbincangan kita berasaskan kepada data, statistik, fakta yang membantu untuk membangunkan negeri yang kita sayangi bersama ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya