Siasat dulu, kalau artis kekwat saya tak ambil berlakon -Ahmad Idham - Utusan Malaysia

Siasat dulu, kalau artis kekwat saya tak ambil berlakon -Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit filem, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, enggan mengambil artis yang berperangai diva untuk berlakon dalam mana-mana naskhah arahannya.

Keputusan itu dilakukan Ahmad Idham bagi memastikan kelancaran di set penggambaran.

Oleh itu, dia akan bertanya perangai artis daripada rakan penggiat seni dan wartawan sebelum memberikan sebarang tawaran berlakon kepada artis berkenaan.

“Saya tanya beberapa rakan industri dan wartawan mengenai perangai artis sebelum panggil mereka ke dalam set.

“Jika kekwat (sombong) saya tidak mahu.

“Saya enggan ambil risiko jika berlaku perkara tidak diingini semasa penggambaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sidang media drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Namun begitu, pengarah Adnan Sempit itu turut beranggapan segelintir artis bersikap dingin dan sombong kerana tidak mahu dibuli oleh rumah produksi.

“Saya pula kadangkala cuba faham mengapa seorang artis itu berperangai kekwat.

“Mungkin bukan salah dia, sebaliknya suasana di set penggambaran memandangkan ada rumah produksi yang ‘sidai’ artis sampai empat jam.

“Bila penggambaran habis tengah malam, esok panggil artis awal pagi tanpa cukup rehat.

“Saya juga tak mahu salahkan artis seratus peratus,” jelasnya.

Terkini, Ahmad Idham kembali berlakon dan memegang karakter seorang bapa dalam drama bersiri selepas 10 tahun.

“Saya tidak pernah kata nak berhenti berlakon. Kalau ada tawaran yang menarik, saya akan terima.

“Kalau boleh saya mahukan watak yang boleh memberi impak terhadap jalan cerita meskipun ia sekadar watak sampingan,” tambahnya.

Turut sama menjayakan drama Bukan Sekadar Lafaz ialah Alif Satar dan Wanna Ali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya