KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaskan pelakon, Sharnaaz Ahmad daripada tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu. Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak berhubung representasi yang dihantar selebriti itu. “Setelah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memerintahkan supaya Orang Kena Saman (OKS) (Sharnaaz) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu manakala wang jaminan dikembalikan,” katanya. Terdahulu peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Sharnaaz memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima jawapan melalui surat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya