‘Setiap minggu berlaku kemalangan’ - Utusan Malaysia

‘Setiap minggu berlaku kemalangan’

Kemalangan
S. Hassan Kuthoos menunjukkan lokasi kemalangan yang melibatkan Allahyarham Syed Asnan di Jalan Meru berhadapan Pusat Servis Perodua Meru, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penduduk setempat di Meru, di sini, meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor membaiki segera jalan lokasi berlakunya kemalangan motosikal di Jalan Meru, yang mengakibatkan penunggangnya Allahyarham Syed Asnan Sayed Mokhtar meninggal dunia, Sabtu lalu.

Seorang penduduk, S. Hassan Kuthoos, 50, berkata, setiap minggu pasti berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan tersebut, yang kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal.

“Sebelum kejadian Sabtu lalu, berlaku satu kemalangan jalan raya di lokasi sama dua minggu lalu, yang mana seorang penunggang motosikal terbabas ketika mengelak sebuah kereta yang memandu laju dari arah Meru menuju Bukit Raja.

“Nasib baik penunggang itu dapat elak kereta tersebut dan hanya mengalami cedera ringan akibat terlanggar lubang,” katanya ketika hadir menyaksikan lawatan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang meninjau, Jalan Meru, hari ini.

Sebelum itu, S. Hassan yang juga Presiden Persatuan Gerakan Masyarakat Prihatin Malaysia (PGMP) memberitahu pihaknya membuat aduan sebanyak dua kali berhubung isu sama kepada JKR Selangor, namun tidak dilayan.

Sementara itu, Alexander Nanta ketika ditemui memberitahu, jalan tersebut diturap beberapa hari sebelum kemalangan maut pada Sabtu lalu, namun rosak disebabkan banyak kenderaan berat yang melalui jalan berkenaan.

“Untuk baiki semula jalan ini, kita akan ambil masa kerana beberapa proses yang perlu diambil.

“Saya juga akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Klang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru bagi mendapatkan input berhubung jalan yang rosak di Klang di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya