Seragam lama pengakap masih boleh dipakai

Seragam lama pengakap masih boleh dipakai

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perubahan pakaian seragam Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) tidak memberi sekatan terhadap seragam sedia ada.

Persekutuan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, perubahan pakaian seragam ahli PPM  bertujuan penjenamaan semula pengakap Malaysia.

“PPM berhasrat menyegarkan semula jenama pengakap di negara ini agar selaras dengan peredaran semasa.

“Hal ini berikutan pakaian seragam pengakap tidak berubah sejak sekian lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun kenyataan itu memaklumkan, pakaian seragam pengakap yang sedia ada masih boleh diteruskan tanpa sebarang sekatan atau perubahan.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan ia mengambil kira jangka masa untuk ahli pengakap bersiap sedia melaksanakan perubahan tersebut,” katanya.

Terdahulu Utusan Online melaporkan, PPM buat pertama kali selepas 115 tahun penubuhannya akan memperkenal pakaian seragam baharu untuk digunakan 600,000 ahli mulai tahun depan.

Menurut Zamani, keputusan menukar pakaian seragam mengambil masa selama setahun sembilan bulan sebelum diluluskan di peringkat tertinggi persatuan.

Katanya, ia bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Disember ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya