Sepatutnya saya ikut konvoi itu - Zahiril Adzim - Utusan Malaysia

Sepatutnya saya ikut konvoi itu – Zahiril Adzim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zahiril Adzim, 39, bersyukur apabila rakan baiknya, Beto Kusyairy berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam kemalangan konvoi Isnin lalu.

Kata Zahiril, Beto menerusi perbualan video memaklumkan keadaannya positif.

Pelakon tersebut bagaimanapun meminta orang ramai agar mendoakan seorang rakan yang parah akibat kemalangan tersebut.

“Saya sempat buat panggilan video bersama Beto. Alhamdulillah selepas melakukan pemeriksaan x-ray, keadaannya okay.

“Cuma sama-sama kita doakan seorang lagi peserta yang mengalami kecederaan dan perlu menjalani pembedahan.

“Kemalangan itu berpunca apabila sekumpulan pembonceng motosikal ain bertembung dengan kumpulan konvoi yang disertai Beto,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media filem Budak Flat, semalam.

Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular ke-33 itu juga memaklumkan dia sepatutnya terlibat dalam konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean itu.

Namun, ujar Zahiril, dia membatalkan penyertaan kerana penganjuran konvoi berkenaan bertindih dengan jadual penggambarannya.

“Sebenarnya saya patut berada di sana (konvoi) atas pelawaan Beto. Tapi kebetulan saya ada penggambaran pada waktu sama.

“Saya memang nak sangat sertai apa-apa yang melibatkan Palestin. Situasi di sana sangat menyedihkan,” tambahnya.

Beto beberapa hari lalu dilaporkan terlibat dalam kemalangan semasa menyertai konvoi ke Masjid Negeri Perak, Ipoh yang membabitkan gabungan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi.

Konvoi berkenaan dianjurkan sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya