Seorang lagi Ahli Parlimen bakal sokong kepemimpinan PM?

Seorang lagi Ahli Parlimen bakal sokong kepemimpinan PM?

perlembagaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang Pas dipercayai bakal menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas empat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebelum ini membuat tindakan yang sama.

Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, ahli Parlimen berkenaan dilihat sering masuk ke bilik backbenchers (penyokong) kerajaan di Parlimen sewaktu persidangan Dewan Rakyat berlangsung ketika ini.

“Hampir setiap hari dia masuk ke sini, pada asalnya dia cakap nak cari tempat untuk minum-minum. Maka, sebab itu dia dengan senang masuk ke bilik backbenchers, berbual dan duduk dengan lama dengan ahli Parlimen yang ada.

“Tetapi lama kelamaan, dia dilihat berminat untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. Nampaknya ada respons yang positif,” katanya.

Dedah sumber lagi, ada beberapa ahli Parlimen kerajaan yang cuba memujuk wakil rakyat tersebut menyokong Perdana Menteri dan responsnya pada peringkat permulaan adalah negatif.

“Mula-mula dia tak mahu, tapi lama kelamaan, saya lihat dia diam dan tiada jawapan bila diajak untuk menyokong Perdana Menteri.

“Mungkin dia berfikir tentang pelawaan itu atau mungkin juga dia ingin memerhati terlebih dahulu apa akan jadi jika dia mengambil langkah yang sama seperti empat ahli Parlimen lain,” ujarnya.

Menceritakan tentang pergerakan ahli Parlimen negeri Pantai Timur itu, sumber turut memberitahu yang beliau sering datang ke bilik backbenchers kerajaan seorang diri sahaja tanpa membawa rakan lain dari barisan pembangkang.

“Mungkin juga dia tidak mahu pergerakannya dihidu daripada rakan-rakan pembangkang lain kan? Maka sebab itu dia buat secara bersendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya