Semai akidah dalam jiwa murid Tabika Kemas - Utusan Malaysia

Semai akidah dalam jiwa murid Tabika Kemas

Tabika Kemas
AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan salah satu rekod MBOR dicapai Kemas pada perasmian Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Ke-18 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendidikan awal kanak-kanak melalui Tabika Kemas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) diharapkan dapat menanam dan mendidik akidah ke dalam jiwa melalui pengajian al-Quran, ilmu dalam ibadah solat dan sebagainya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat tersebut mampu dilaksanakan apabila Kemas mempunyai kerjasama Yayasan Pintar, Yayasan Pahang serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Kita melakukan transformasi untuk anak2 kita, didedahkan dlm soal pengajian alquran, ibadah solat. Supaya daripada peringkat awal soal akidah dpt ditanamkan di jiwa mereka.

“Tentunya Hari Potensi ini akan sentiasa dikenang ibu bapa, guru-guru dan masyarakat keseluruhannya bahawa transformasi yang dilakukan disesuaikan dengan permintaan dan situasi semasa.

“Potensi ni harus digilap kerana dalam soal ibadah terutama solat, mendirikan sembahyang itu adalah didikan utama, perinsip ini harus dididik dari awal,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Ke-18 2023, hari ini.

Harapan tersebut juga dilhat selaras hasrat pelaksanaan Program PraTahfiz Kemas dengan sasaran melahirkan 100,000 hufaz cilk menjelang 2026 menerusi keputusan kerajaan meluluskan RM586 juta dalam Belanjawan 2024 bagi menaiktaraf Kemas serta pembinaan tabika dan taska baharu.

Jelas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, Kemas mempunyai potensi dan kemampuan untuk melakukan transformasinya apabila berjaya mengungguli anugerah dan penghargaan daripada Reader’s Digest selama lima tahun berturut-turut.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Tabika Kemas diberikan penghargaan dan anugerah Readers Digest of The World selama lima tahun berturut-turut ini merupakan kejayaan yang paling besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, pada program tersebut Kemas turut mencatatkan dua rekod baharu menerusi Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mencapai penyertaan kanak-kanak paling ramai dalam satu blok acara melibatkan 3,000 orang murid Tabika Kemas dari seluruh negara dalam Program Arkitek Cilik Kemas bersama Agola.

Rekod kedua adalah penyertaan kanak-kanak dari Tadika Kemas paling ramai iaitu 2,000 orang bagi kategori Penyertaan Terbesar Kanak-Kanak Berselawat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya