Selangor beri jaminan jaga hak Orang Asli - Utusan Malaysia

Selangor beri jaminan jaga hak Orang Asli

Orang Asli
PAPARAIDU Veraman menjawab soalan berkaitan hal ehwal Orang Asli di negeri ini pada Sidang DUN dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masyarakat Orang Asli di negeri ini diberi jaminan oleh kerajaan negeri untuk memelihara hartanah dan memastikan hak adat mereka dijaga serta dihormati menerusi pelbagai dasar dan program.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Paparaidu Veraman berkata, bagi melaksanakan dasar dan program berkaitan komuniti itu, sebanyak RM4 juta dibelanjakan sejak 2020 untuk pembangunan kemudahan dan kebajikan mereka.

“Antara program yang dilaksanakan adalah bantuan pakaian sekolah seragam, bantuan wang saku RM4 sehari, bantuan biasiswa kepada pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA), program motivasi pelajar, bakul makanan, pembiayaan perubatan, bantuan peralatan sokongan pesakit, bantuan pemula perniagaan, bantuan input pertanian seperti baja, racun dan khusus, terakhir bantuan pembangunan ladang.

“Dalam aspek hal ehwal tanah juga, kerajaan negeri dan agensi sentiasa memastikan hartanah Orang Asli dilindungi seperti mana terkandung dalam Akta Orang Asli 1954. Tiada pihak sewenang-wenangnya dapat memasuki tanah Orang Asli kecuali mendapat kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023.

Sementara itu, Dr. Ahmad Yunus dalam soalan tambahannya menyelar walaupun terdapat peruntukan diberikan namun masih terdapat rumah-rumah masyarakat berkenaan termasuk Tok Batin khususnya di Pulau Carey yang daif dan usang.

Bagaimanapun, Paparaidu dalam jawapannya memberitahu, isu tersebut diterimanya menerusi aduan-aduan berkaitan hal ehwal Orang Asli dan bertemu dengan masyarakat asal itu untuk mendengar keluhan mereka.

“Saya memang terima aduan mengenai apa yang dibangkitkan, saya pun membuat lawatan ke tapak khususnya di Pulau carey etnik Mah Meri dan saya berjumpa dengan Tok Batin dan mengemukakan sebarang cadangan sekiranya diperlukan bantuan dan saya bersedia untuk membantu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya