Saya tak hamil, saya ada selera makan ketika ini - Diana Danielle

Saya tak hamil, saya ada selera makan ketika ini – Diana Danielle

PERUBAHAN pada wajah Diana Danielle mula diperkatakan ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Terimalah kenyataan saya ada selera makan ketika ini. Saya tak hamil, terima kasih.”

Demikian jawapan pelakon, Diana Danielle apabila diasak soalan adakah dia kini sedang hamil berikutan penularan gambar-gambarnya yang dikatakan semakin berisi.

Diana menambah, dia sebenarnya bukan seorang yang sering berselera untuk makan namun dia di fasa sebaliknya.

“Macam anda nampak sendiri, berat badan saya semakin bertambah. Jadi terimalah kenyataan saya sedang berselera untuk makan buat masa ini.

“Saya sendiri sebenarnya susah untuk makan. Kadang-kadang selera tidak ada dan makan sedikit sahaja. Saya juga tak suka makan sampai kenyang perut.

“Jadi yang bertambah adalah berat badan. Hamil? Tidak,”katanya.

Dalam pada itu, Diana juga tidak kisah jika berat badannya bertambah ketika ini kerana tahu akan tiba masanya nanti, dia memilih untuk kurang menjamah makanan.

“Saya sedang berselera dan seronok menikmati makanan ketika ini. Jadi, saya benarkan berat badan bertambah. Selepas ini, mungkin akan malas makan semula.

“Saya memang begini sejak dulu,”ujarnya menerusi Instastory.

Rata-rata komen warganet mendoakan semoga dia dan suami yang juga pelakon, Farid Kamil segera menimang cahaya mata selepas rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Untuk info, pasangan pelakon tersebut disahkan bercerai menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun ini selepas drama perselisihan faham berbulan-bulan lamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya