'Saya nak menang di Kemaman' - Raja Mohamed Affandi - Utusan Malaysia

‘Saya nak menang di Kemaman’ – Raja Mohamed Affandi

RAJA Mohamed Affandi (dua dari kiri) menerima sijil watikah calon BN PRK Parlimen Kemaman daripada Ahmad Said pada Majlis Pelancaran Jentera dan Perkenalkan Calon PRK Kemaman di Kemaman, malam tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: “Fokus saya satu, ingat satu je. Saya nak menang di (Parlimen) Kemaman. Yang lain itu adalah cara dan kaedah. Kalau dalam askar, ‘mission’ kita menang.” 

Itulah harapan yang mahu dicapai oleh bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember depan. 

Menurutnya, beliau percaya peluang untuk memenangi Parlimen itu bukan satu perkara yang mustahil sekiranya jentera parti di semua peringkat mempunyai semangat yang tinggi dan bekerja keras sepanjang tempoh kempen bermula 18 November hingga 2 Disember depan.

Ini kerana, katanya, sebagai calon, beliau tidak mampu berkempen secara bersendirian tanpa dibantu jentera BN.

“Saya akan berusaha ke arah tersebut (mencapai kemenangan). Saya akan berjumpa sebanyak mungkin pengundi dan memberi masa sepenuhnya (berkempen), biar empat belas hari ini padat dan mudah-mudahan dengan kesihatan saya, dengan semangat tentera yang masih ada lagi, saya mampu laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera dan Perkenalkan Calon PRK Kemaman di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman, di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. 

Raja Mohamed Affandi memberitahu, beliau bersedia menjadi calon di Parlimen ini kerana berhasrat memberi bakti kepada masyarakat di kawasan ini  yang pernah menjadi tempat tinggalnya bersama keluarga sebelum ini.

“Saya datang (bertanding) di sini kerana saya cakna maka ingin memberi bakti pada sisa-sisa yang ada ini kepada masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, bekas Panglima ATM itu berkata, beliau mengambil masa untuk mempertimbangkan keputusan sebelum menerima tawaran sebagai calon BN di PRK ini.

Malah, jelasnya, beliau juga tidak dapat tidur kerana memikirkan keputusan yang mahu diambil itu.

“Pada malam itu saya tidak boleh tidur memikirkan pasal apa saya nak buat kerja ini (menjadi calon), saya selesa, saya pencen cukup, saya turut jadi pengerusi.

“Saya ambil sekeping kertas menulis di atas kertas itu, saya mesti cari jawapan, akhirnya saya dapat jawapan kenapa daripada ramai (calon yang ada ) saya yang dipilih. Akhirnya saya dapat jawapan, maka jawapan itu bukannya datang daripada kita semua, sebenarnya ia disunting oleh Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya