Saya berhak tahu dengan siapa Fazura berkawan

Saya berhak tahu dengan siapa Fazura berkawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin, 33, memaklumkan sebagai suami, dia berhak tahu dengan siapa isterinya, Nur Fazura, 40, berkawan.

Kata Fattah, perkara itu bukan sahaja bersangkut paut tentang persahabatan malah berkenaan tuntutan buat seorang isteri untuk mendapatkan keizinan dan pandangan suami dalam banyak perkara.

“Sebagai suami, kita kena ambil tahu dengan siapa isteri kita berkawan.

“Sangat normal bagi suami dan isteri untuk bagi nasihat antara satu sama lain dalam segala hal.

“Isteri perlu mendapatkan keizinan suami untuk mendapat reda dan keberkatan. Jangan kata kawan, nak keluar rumah pun kena minta izin suami,” katanya.

Fattah ditemui di majlis Eastana Exclusive Pelancaran Koleksi Baju Melayu untuk Raya Aidilfitri 2024.

Namun, penyanyi Zikir Tasbih Fatimah itu menegaskan perbincangan antara suami isteri adalah wajar dan bukannya untuk mengongkong antara satu sama lain.

“Sebagai Islam, kita jangan buat sesuatu perkara itu nampak negatif.

“Kalau saya mengongkong, Faz mungkin tidak boleh keluar shooting,” katanya lagi.

Terdahulu, pengacara dan usahawan Neelofa menyatakan hasrat untuk menamatkan konflik 13 tahun dengan Fazura.

Fazura yang memberi reaksi di Instagram terhadap kenyataan tersebut menafikan wujud perang dingin antara mereka selain berpendirian meminta izin suami sebelum berkawan dengan sesiapa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya