Sarawak perkenal sistem peperiksaan menyerupai UPSR

Sarawak perkenal sistem peperiksaan tahun enam mirip UPSR

upsr
SEBAHAGIAN ibu bapa turut menuntut UPSR dikembalikan. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak bakal memperkenalkan sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di dalam negeri tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, penilaian tersebut akan menyerupai UPSR yang sebelum ini dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Kata beliau, kerajaan negeri berusaha untuk merealisasikan pelan tersebut kerana ia dipercayai akan membantu pelajar-pelajar.

“Perkara ini bergantung kepada dasar Persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program seperti mana dilaporkan oleh The Borneo Post.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, KPM memansuhkan UPSR pada tahun 2021 dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Mengulas lanjut, Roland Sagah berkata, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang pelan tindakan berkaitan pembangunan kurikulum baharu oleh KPM.

Namun, beliau akui Kerajaan Persekutuan ada mengadakan jelajah eksplorasi pendidikan di seluruh negara untuk mengumpul pendapatan dan input bagi menjayakan rancangan pembangunan kurikulum pendidikan baharu.

“Saya rasa Kerajaan Persekutuan ada melakukan tinjauan untuk mengumpul maklumat dan pandangan mengenai perkara ini daripada kalangan masyarakat.

“Secara peribadi, saya belum melihat pelan tindakan kurikulum dicadangkan, jadi saya tidak boleh komen dan seadilnya saya tidak dapat komen benda yang saya tidak lihat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya