Sanggup pandu kereta hantar surat pada Perdana Menteri

Sanggup pandu kereta hantar surat pada Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKAS pensyarah Kajian Seni Halus dari Institut Teknologi Mara (ITM) (kini dikenali sebagai UiTM), Christopher Carney mendedahkan beliau pernah mengutuskan surat kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Allahryam Tun Hussein Onn, kira-kira empat dekad lalu.

Katanya, beliau terpanggil untuk melakukan kerja membaik pulih Tugu Negara lantaran meyakini kemahiran seni halus arca yang dimilikinya selepas insiden monumen itu diletupkan oleh pengganas komunis.

“Pada suatu hari, saya dapat tahu pihak kerajaan akan mengadakan mesyuarat Pembiayaan Pemulihan Tugu Negara. Saya memandu sendiri ke pejabat Perdana Menteri dan mengirimkan surat kepada setiausaha akhbarnya.

“Masa itu pukul 12 tengah hari dan saya cakap surat ini mesti sampai sebelum mesyuarat berlangsung pada pukul 2 petang,” kongsinya ketika ditemui di Tugu Negara bersama tiga anak muridnya, baru-baru ini.

Ketika itu, Carney berkata, terdapat cadangan untuk menghantar kesemua serpihan monumen yang hancur ke Austria dan dibaik pulih di negara tersebut.

“Saya berasa ralat sebab ia mesti dibaiki di negara ini kerana saya sendiri mempunyai pengalaman terlibat dalam kerja melebur logam, mengimpal dan mengarca. Tidak ramai yang mempunyai skil ini serentak.

“Saya cakap bagi sedikit wang dan saya akan membina semula sebahagian serpihan yang hancur. Selepas siap, saya meminta ahli jawatankuasa melihat sendiri hasil yang sudah dibuat.

“Akhirnya, mereka kagum melihat hasil tersebut dan menawarkan saya terlibat dalam projek ini,” ujarnya yang bertindak sebagai penyeliaan kerja baik pulih berkenaan,” kongsinya yang kini menetap di Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya