KUALA NERUS: Jaringan berkelas dunia, Ivan Mamut kembali membawa Terengganu FC (TFC) memimpin aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang KL City FC.
Penyerang kelahiran Croatia itu meledak gol kedua peribadi dan pasukannya minit ke-67 untuk mendahului 2-1 dengan jaringan 4-2 secara agregat.
Jaringan itu terhasil menerusi ledakan kaki kiri dal kotak penalti yang melencong cantik menewaskan Kevin Ray Mendoza di kedudukannya. – UTUSAN