Sang Penyu hampiri pentas akhir Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Sang Penyu hampiri pentas akhir Piala Malaysia

KEVIN Ray Mendoza menyelamatkan bola percubaan pemain TFC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di  Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS:  Terengganu FC (TFC) semakin menghampiri pentas akhir Piala Malaysia apabila mendahului KL City FC 1-0 berakhir babak pertama separuh akhir kedua untuk memiliki kelebihan 3-1 secara agregat.

Jaringan penyerang kelahiran Croatia itu hadir minit ke-42 berpunca umpanan Nor Hakim Hassan sebelum bijak melepaskan sepakan leret kaki kiri menewaskan Kevin Ray Mendoza.

Awal saingan menyaksikan TFC cemas seawal minit pertama apabila bola hantaran Declan Lambert yang dikeluarkan Shahrul Nizam Roshasni menuju gawang sendiri mujur tinggi melepasi sasaran.

TFC kemudian mula mengatur gerak minit kesembilan menyaksikan percubaan Liridon Krasniqi dari luar kotak penalti hasil gerakan Sony Norde di sebelah kiri sekadar meleret ke sebelah tepi.

Peluang terbaik Sang Penyu hadir setelah Mamut merampas bola daripada kawalan pemain KL City, Kamal Azizi Zabri sebelum mengumpan kepada Norde (m-13) namun dinafikan penjaga gol.

Tiga minit berselang giliran ketua pasukan TFC, Habib Haroon menguji Kevin Ray Mendoza di gawang pelawat tetapi rembatan derasnya ditepis keluar penjaga gol Filipina itu.

Aksi makin rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan menuju hujung separuh masa sebelum pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin menamatkan 45 minit pertama dengan kedudukan 1-0. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya