Runtuhan tiang rasuk; Operasi berterusan mencari 3 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus - Utusan Malaysia

Runtuhan tiang rasuk; Operasi berterusan mencari 3 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus

INDEKS harga seunit keratan keluli dan logam kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Operasi mencari dan menyelamat tragedi runtuhan di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung dekat sini, berterusan pagi ini bagi mengesan tiga lagi pekerja warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus.

Setakat pukul 3.30 pagi tadi, tiga disahkan maut dalam kejadian itu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.


LOKASI kejadian runtuhan tiang rasuk konkrit di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang malam tadi yang mengorbankan tiga pekerja manakala tiga lagi dikhuatiri masih tertimbus. – Pic IQBAL HAMDAN

Sementara itu, tiga lagi mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan dengan dua mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital.

Secara keseluruhan, seramai 18 pekerja terlibat dalam kejadian runtuhan itu, namun sembilan daripada mereka terselamat.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian runtuhan di tapak pembinaan tersebut kira-kira pukul 9.58 malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad malam tadi berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku ketika kesemua mangsa sedang bekerja di tapak pembinaan tersebut sebelum salah satu tiang rasuk konkrit secara tiba-tiba runtuh dari ketinggian kira-kira 20 meter.

Katanya, tiang rasuk seberat 14 tan dan sepanjang 12 meter itu kemudiannya menimpa sekurang-kurangnya 14 lagi tiang rasuk lain sebelum jatuh dan menimpa kesemua mangsa yang sedang bekerja di bawahnya.

Setakat ini, identiti kesemua mangsa yang dipercayai warga Bangladesh itu sedang dikenal pasti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya