RM16.3 juta baiki Jalan Persekutuan di Klang - Utusan Malaysia

RM16.3 juta baiki Jalan Persekutuan di Klang

Jalan Klang
ALEXANDER Nanta Linggi (dua dari kanan) ketika meninjau Jalan Meru, berhadapan Pusat Servis Perodua Meru, di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sejumlah RM16.3 juta bagi menyelenggara lebih 185 kilometer (km) Jalan Persekutuan di daerah Klang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan tersebut di bawah Program Penyelenggaraan Berkala Pavement, Berkala Bukan Pavement, Jambatan dan Penyelenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat. 

“KKR bersama Kementerian Pengangkutan akan menyalurkan sebanyak RM50 juta secara geran padanan bagi menyelenggara laluan-laluan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di sekitar Jalan Pelabuhan Klang pada 2024.

“Senarai lokasi ini perlu disemak dengan teliti supaya ia mengambil kira kaedah rawatan yang sesuai bagi menampung beban kenderaan berat yang banyak di kawasan Pelabuhan Klang,” katanya selepas membuat tinjaun di Jalan Meru, hari ini.

Sementara itu, Alexander Nanta mengakui bahawa kementeriannya memerlukan kewangan yang lebih besar bagi membaiki dan menyelenggara Jalan Persekutuan di Klang.

Namun begitu menurutnya, KKR akan melakukan kerja membaiki dan menyelenggara jalan dengan peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan ketika ini sebaik mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya