KANGAR: Isu alur pelayaran cetek di kawasan perairan sekitar terminal Feri Kuala Perlis yang sering menyebabkan jadual perjalanan feri ke Pulau Langkawi tertangguh kembali berulang walaupun kerja-kerja pengerukan selesai dilaksanakan September lalu. Dalam tempoh empat bulan sahaja, alur pelayaran berkenaan kembali cetek berikutan daripada mendapan lumpur sekali gus mengganggu pelayaran keluar masuk feri. Disebabkan permasalahan berkenaan juga, pihak operator feri terpaksa mengehadkan perjalanan pada setiap hari bagi memastikan alur pelayaran selamat sebelum berlabuh di terminal berkenaan. Sewaktu awal kerja-kerja pengerukan selesai dilaksanakan sebelum ini, feri yang ingin mengambil penumpang boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya