RISDA fokus bantu naik pendapatan pekebun kecil getah RM4,500 sebulan

RISDA fokus bantu naik pendapatan pekebun kecil getah RM4,500 sebulan

Noraini Ahmad menerima resolusi daripada Abdullah Zainal pada Seminar Halatuju Pekebun Kecil Getah Negara di Bangi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sentiasa memantau situasi masyarakat pekebun kecil dalam usaha meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan mereka.

Ketua Pengarah Risda, Datuk Abdullah Zainal berkata, usaha itu termasuk ketika para pekebun berhadapan dengan cabaran harga getah yang kurang stabil, serangan penyakit dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Malah katanya, mereka juga peka dengan kurangnya minat golongan muda dalam menceburi industri getah.

“Sektor pekebun kecil getah menyumbangkan kira-kira 86 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah asli negara pada masa ini,” katanya pada Seminar Halatuju Pekebun Kecil Getah Negara di sini hari ini.

Malah katanya, komitmen RISDA itu turut diterjemahkan melalui kolaborasi bersama pelbagai institusi pakar dalam industri getah melalui seminar tiga hari yang diadakan itu.

Tambahnya, ia juga merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA dalam merancakkan semula hasil pengeluaran getah asli negara dengan mengambil kira faktor dan cabaran semasa industri getah negara.

“RISDA buat masa ini menyediakan program bantuan kepada pekebun kecil melalui Program Tanam Semula sebagai program utama disamping pelbagai program sokongan dalam peningkatan ekonomi. 

“Ia adalah bagi memastikan objektif utama RISDA iaitu pekebun kecil getah peroleh RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2025,” ujarnya.

Seminar tersebut ditutup secara rasmi oleh Pengerusinya, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Kira-kira 400 peserta termasuk daripada kementerian, agensi kerajaan, wakil estet dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam seminar itu yang membincangkan pelbagai permasalahan getah negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya