Risau fokus anak hadapi SPM terganggu akibat banjir - Utusan Malaysia

Risau fokus anak hadapi SPM terganggu akibat banjir

SAADUN Lazim di samping isteri, Fatimah Abdullah dan anak mereka, Mohd. Akmal sudah tiga malam berlindung di PPS SK Titi Gajah di Alor Setar. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Mangsa banjir yang terpaksa bermalam beberapa kali di pusat penempatan sementara (PPS) setelah rumah masing-masing dinaiki air minggu lalu berdepan keletihan dan trauma akibat bencana tersebut.

Menurut Saadun Lazim, 64, yang kini ber­teduh di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, banjir kali ini amat merisaukan kerana anaknya, Mohd. Akmal, 17, akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bulan depan.

“Kami berharap semuanya pulih secepat mungkin sebab risau anak bongsu mahu ambil SPM tak lama lagi. Bimbang dia tak boleh fokus kerana bencana ini.

“Bukan sahaja rumah, sawah kami pun tenggelam, nasib baik belum tabur benih padi. Tapi benih di rumah rasanya habis tenggelam, harap tak rosak,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurut Saadun yang menetap di Kampung Bohor, ini adalah kali kedua dia dan isteri, Fatimah Abdullah, 57, dan anak bongsunya itu terpaksa berpindah sejak September lepas.

“Tahun ini kali pertama jadi mangsa banjir pada September lalu dan Selasa lepas pula air naik lagi. Kami tiga beranak terpaksa berpindah.

“Memanglah penat dan trauma bila masuk musim tengkujuh ini sebab kampung kami mesti banjir dan pa­ling teruk pada 2005 dan 2010,” katanya.

Sementara itu Mohd. Fairuz Hashim, 30, dari Kampung Alor Senjaya berkata, dia bersama tujuh ahli keluarganya terpaksa berpindah ke PPS itu sejak Khamis lalu.

“Air naik mendadak. Sawah kami yang sudah ditabur benih habis tenggelam, terpaksa ta­bur semula nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya