‘Ribut’ dalam gelanggang Pearly-Thinaah

‘Ribut’ dalam gelanggang Pearly-Thinaah

REXY Mainaky menafikan anak didiknya, Pearly Tan-M.Thinaah bergaduh besar yang menjadi punca kekalahan mereka sehingga tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Masters China. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Maina­ky menafikan anak didiknya, Pearly Tan-M.Thinaah bergaduh besar sehingga menjadi punca ke­ka­lahan di Kejohanan Masters China.

Bagi Rexy, perselisihan faham itu lumrah dalam acara beregu, dan bukannya sesuatu yang perlu digembar-gemburkan.

Beliau mengakui belum mendapat gambaran jelas punca sebenar Pearly dan Thinaah berbalah, namun akan me­ngadakan pertemuan tertutup dengan mereka bersama Hoon Thien How bagi menjernihkan semula keadaan sejurus mereka pulang dari Shenzhen, China.

Langkah Pearly dan Thinaah terhenti seawal pusingan pertama setelah tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dengan keputusan 12-21, 17-21.

“Saya rasa para peminat salah tafsir komen saya di Instagram mengenai Pearly dan Thinaah. Apa yang saya maksudkan adalah sukar untuk menjaga dan menguruskan pemain-pemain ini.

“Saya rasa hanyalah perselisihan faham kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Perkara ini biasa dalam acara beregu, yang pen­ting kami sebagai jurulatih harus pandai menegur dan menyele­saikan masalah antara mereka.

“Saya tidak tahu punca sebenar lagi, jadi saya tidak dapat memberikan penerangan lanjut, tetapi saya perlu tunggu Thien How balik dan mendapatkan laporan penuh sebelum membuat keputusan,” kata Rexy kepada Utusan Malaysia di ABM, Bukit Kiara semalam.

Rexy menjelaskan isu Pearly dan Thinaah adalah tidak sama dengan konflik yang pernah menimpa Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei sehingga mereka terpaksa dipisahkan selama lima bulan sebelum digandingkan semula Mei lalu.

Ia dianggap langkah kurang bijak memandangkan Pearly dan Thinaah dalam kedudukan baik No. 11 dalam ranking kelayakan ke Sukan Olimpik Paris untuk membuat penampilan sulung di temasya sukan terbesar dunia itu pada tahun hadapan.

“Tahun depan Sukan Olim­pik, jadi mereka harus tahu bagaimana mahu menjaga diri. Mereka kini dalam RTG (Road to Gold), BAM, MSN dan ISN juga sudah memberikan khidmat yang terbaik untuk membantu persediaan mereka, tinggal mereka sahaja perlu menjaga diri mereka sendiri. Kami tidak mampu untuk memantau mereka 24 jam sehari,” tambah Rexy. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya