Residensi komuniti warga emas pertama negara di Selangor - Utusan Malaysia

Residensi komuniti warga emas pertama negara di Selangor

Residensi warga emas
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan meninjau bangunan dan kemudahan residensi warga emas  Pacific Senior Living @ Acacia di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan residensi komuniti warga emas pertama di Malaysia yang berkonsepkan ala resort.

Kediaman Datuk Seri Amirudin Shari di Lebuh Enggang di sini, itu dibuka kepada individu berusia 60 tahun ke atas dengan harga penginapan bermula RM8,500 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn Bhd, Carl Nicholas Isaac berkata, Klang dipilih pihaknya sebagai lokasi pertama kerana faktor demografi penduduknya yang ramai warga emas. 

“Selain itu, ia terletak berdekatan pusat penjagaan kesihatan dan hospital sama ada kerajaan atau swasta.

“Kedudukan lokasinya juga amat strategik di pusat bandar Klang dan tidak jauh dari bandar raya Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran residensi itu hari ini.

Sultan Sharafuddin yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli meninjau bangunan dan kemudahan Acacia bersama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

Acacia menawarkan 136 bilik yang direka teliti menerusi tiga susun atur berbeza berukuran 312 kaki persegi hingga 592 kaki persegi iaitu jenis Superior, Eksekutif dan Premier.

Jelas Isaac, residensi itu menampilkan suasana seperti resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti bagi warga emas.

“Ia menawarkan pelbagai kemudahan komprehensif termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku dan bilik hiburan.

“Acacia turut menyediakan kemudahan khusus seperti perkhidmatan fisioterapi dalaman dan bengkel hobi bagi memenuhi pelbagai minat penghuni,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya merancang untuk menambah cawangan kediaman itu pada masa akan datang dengan menyasarkan peningkatan kadar huni sebanyak 20 peratu setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya