Remaja perempuan ditahan kes jumpa bayi tepi sawah

Remaja perempuan ditahan kes jumpa bayi tepi sawah

BAYI perempuan yang ditemukan di atas jalan berhampiran sawah di Kampung Kubang Pangas, Alor Setar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan di atas jalan berhampiran sawah di Kampung Kubang Pangas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, remaja berusia 15 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu ditahan di sekitar kawasan Kubang Rotan pada petang semalam.

Kata beliau, pihaknya bagaimanapun membebaskan remaja terbabit dengan jaminan polis bagi membolehkannya mendapatkan rawatan.

“Remaja itu sudah tidak bersekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam akhbar ini melaporkan seorang penduduk terkejut apabila menemukan bayi perempuan yang ditinggalkan di atas jalan berhampiran sawah padi di Kampung Kubang Pangas.

Menurut seorang penduduk, Mat Zuki Deris, 59, dia menemukan bayi dipercayai baru dilahirkan itu ketika melalui jalan menghala ke kawasan pembinaan jambatan di situ kira-kira pukul 7.30 pagi.

Bayi itu ditinggalkan di atas jalan dengan hanya berlapik kain pelikat dan kain batik serta lengkap berpakaian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya