Remaja lelaki direman lima hari liwat sepupu  - Utusan Malaysia

Remaja lelaki direman lima hari liwat sepupu 

SUSPEK (tengah) yang disyaki meliwat kanak-kanak berusia enam tahun dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan reman selama lima hari bermula hari ini, selepas disyaki meliwat sepupunya yang berusia enam tahun, di daerah ini. 

Perintah reman hingga Jumaat tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan sejurus laporan polis dibuat ibu mangsa petang semalam. 

“Difahamkan, suspek tinggal bersama keluarga ibu saudaranya sejak beberapa bulan lalu selepas ibu bapanya bercerai.

“Ibu mangsa telah membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk suspek di Balai Polis Chukai sebelum polis menahan suspek,” katanya. 

Hanyan berkata, kanak-kanak tersebut turut dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya