Reformasi data tingkat sosioekonomi pekebun

Reformasi data tingkat sosioekonomi pekebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Reformasi data dan kajian menyeluruh selaras dengan zaman sekarang akan dapat meningkatkan kelestarian, berdaya tahan dan kesetaraan industri getah.

Felo Kanan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad berkata, penambahbaikan juga perlu dilakukan terhadap Akta RISDA (1972) untuk kemajuan sektor perindustrian getah.

Contohnya kata beliau, RISDA tidak perlu membuat penyelidikan dan pembangunan kerana ia dilakukanoleh Lembaga getah Malaysia (LGM)”, namun dengan saiz kebun getah yang luas dan melibattkan ramai peserta, keadaannya sudah berubah.

Bercakap pada Seminar Hala Tuju Pekebun Getah Kecil Negara di sini minggu lalu katanya, RISDA mempunyai sebanyak 500,000 pekebun serta kebun yang luas dan sepatutnya perlu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan.

“Jika tidak diubah maka akan menghasilkan impak yang serupa iaitu sokongan infrastruktur, akses kepada kredit dan pilihan ekonomi akan menjadi terbatas.,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fatimah mencadangkan supaya tahap sara diri petani kecil perlu dipertingkatkan kerana situasi sekarang menunjukkan pekebun kecil telah dipagari oleh peniaga dan usahawan-usahawan besar.

Malah, beliau memaklumkan bahawa impak monopoli akan melembapkan inovasi dan pengeluaran input tempatan serta boleh menyebabkan negara bergantung kepada bahan import.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya