Razali beri keterangan bantu siasatan berhubung kenyataan terhadap SPRM - Utusan Malaysia

Razali beri keterangan bantu siasatan berhubung kenyataan terhadap SPRM

RAZALI Idris (dua, kanan) bersama peguam dan penyokongnya selepas memberi keterangan  berhubung siasatan kenyataannya terhadap SPRM di IPD Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini, hari ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan kenyataannya terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri itu iba di pekarangan IPD Kemaman bersama peguamnya, Nizam Amin serta kira-kira 20 penyokong parti Bersatu kira-kira pukul 10 pagi. 

Razali berkata, beliau memberi kerjasama yang baik terhadap pegawai daripada  Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Bukit Aman yang melakukan siasatan. 

“Saya dipanggil untuk dirakam percakapan kira-kira setengah jam, berkaitan kenyataan saya ketika pelancaran kempen jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, minggu lalu.  

“Semuanya berjalan lancar dan sebanyak 16 soalan yang saya jawab ketika memberi keterangan tersebut,” katanya ketika ditemui di IPD Kemaman di sini, hari ini.

Menurut Razali, beliau disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Terdahulu, pada Rabu lalu, SPRM membuat laporan polis berhubung satu hantaran aplikasi TikTok yang disifatkan sebagai tidak tepat serta menjejaskan kepercayaan orang awam kepada sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, menerusi hantaran dibuat pemilik akaun @wancin11, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu itu mengeluarkan beberapa tuduhan palsu.

Katanya, tuduhan itu dibuat dalam satu ceramah ketika majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

Dalam ucapan tersebut, Razali mendakwa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan semasa, selain turut mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya