Ranking bukan matlamat terpenting universiti -Khaled Nordin

Ranking bukan matlamat terpenting universiti -Khaled Nordin

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ranking tidak seharusnya dijadikan matlamat terpenting bagi mana-mana universiti di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ranking tidak dapat memberikan gambaran sebenar secara tepat dan menyeluruh terhadap kualiti sesebuah universiti.

“Ranking tidak seharusnya dijadikan matlamat terpenting sesebuah universiti kerana ranking antarabangsa yang diuruskan oleh QS dan Times Higher Education lebih menjurus kepada soal pencapaian dan hasil penyelidikan.

“Faktor-faktor seperti kualiti pengajaran dan pembelajaran, peranan dan keupayaan universiti membantu pelajar kurang bernasib baik, komitmen universiti terhadap misi dan agenda nasional mahupun usaha memastikan kemenjadian seseorang siswazah tidak menjadi pemberat utama mahupun diambil kira secara mendalam dalam sistem ranking,” katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, ranking universiti dunia boleh disifatkan sebagai hanya salah satu pengukur yang dipantau kerajaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dan universiti serta mana-mana institusi pendidikan tinggi.

“Ia bukan pendekatan yang asing kerana diputuskan oleh beberapa universiti lain seperti tahun lalu apabila Fakulti Perubatan dari Universiti Harvard dan Fakulti Undang-Undang dari Universiti Yale menarik diri daripada menyertai ranking universiti.

“Mereka berpandangan bahawa ranking berkenaan menggunakan metodologi yang tidak selari dengan hasrat universiti untuk membantu pelajar dan juga menggalakkan graduan berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang mempunyai gaji yang rendah,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 52 buah universiti penyelidikan di Korea Selatan bersepakat untuk memboikot QS Ranking yang dilihat meletakkan secara tiba-tiba indikator yang memberi kelebihan kepada penutur bahasa Inggeris.

“Banyak lagi universiti di dunia ini yang tidak mengikuti sistem ranking yang diuruskan oleh badan-badan tersebut.

“Justeru, pihak kementerian mengenal pasti beberapa strategi selain daripada menumpukan kepada ranking seperti pelaburan penyelidikan secara berterusan, berusaha mengukuhkan kedudukan universiti awam di peringkat antarabangsa dengan memperbanyakkan program serta hubungan kerjasama dengan institusi terkemuka dunia,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya