Rangka dasar baharu tarik pelabur berimpak tinggi  - Utusan Malaysia

Rangka dasar baharu tarik pelabur berimpak tinggi 

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang membuat penambahbaikan Garis Panduan Pembangunan Industri Negeri Terengganu 2004-2008 kepada satu Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2024-2030 yang akan mengikut keadaan ekonomi semasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dasar itu juga dirangka untuk menarik pelaburan berimpak tinggi selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) dan Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Menurutnya, matlamat Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu

Baharu akan menfokuskan kepada meningkatkan pelaburan domestik dan pelaburan asing, menawarkan peluang dan ruang kepada pelabur yang berpotensi bagi semua perindustrian berkonsepkan mesra pelabur dan penerokaan perindustrian baharu.

“Secara khususnya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. sebagai agensi yang telah dilantik untuk menguruskan kawasan perindustrian Negeri Terengganu akan beberapa menawarkan insentif kepada pelabur.

“Pertama, pemberian harga diskaun berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan perkhidmatan Harta dan bergantung kepada keadaan tapak industri yang ditawarkan.

“Kedua, pembayaran pajakan tanah secara berjadual bagi membantu pelabur untuk merancang dan dapat merealisasikan pelaburan yang dicadangkan dengan lebih lancar. 

“Ketiga, penyediaan infrastruktur asas yang diperlukan atau pengurangan daripada tawaran harga pajakan bagi meringankan pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ir. Saiful Azmi Suhaili (Pas-Kemasik) yang ingin tahu apakah polisi dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk menarik minat pelabur dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Saiful Azmi yang bertanyakan mengenai kaedah yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan proses permohonan, penilaian dan kelulusan setiap pelaburan yang ingin masuk ke dalam Terengganu itu lebih mesra pelabur, Ahmad Samsuri berkata, pelaksanaan proses penilaian dan kelulusan akan dibantu supaya turut memberi jaringan alternatif supaya sesuatu projek dapat dilaksanakan. 

“Jadi bukan lah setakat kita memberi jawapan ‘Yes or No’ kepada pelabur. Tetapi, kita cuba guide, bantu, tunjuk ajar untuk memastikan projek itu dapat dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya