Rancang perjalanan sempena Hari Deepavali - Utusan Malaysia

Rancang perjalanan sempena Hari Deepavali

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin mengingatkan orang ramai yang merancang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan Deepavali ini agar merancang perjalanan dengan selamat.

Beliau berkata, pengguna jalan raya diingatkan mematuhi peraturan ditetapkan agar selamat tiba di destinasi yang dituju.

“Selain itu, pastikan kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Rancanglah perjalanan serta patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan,” katanya melalui perutusan sempena Hari Deepavali 2023 yang dimuat naik di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin dan isteri serta seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada segenap masyarakat terutama anggota dan pegawai polis beragama Hindu.

“Di negara ini, kedatangan Pesta Cahaya tidak hanya disambut oleh kaum India sebaliknya diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan penuh meriah dan keceriaan.

“Selari dengan semangat Malaysia Madani yang mengutamakan perpaduan antara kaum, kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini perlu dihargai, disuburi serta diwariskan hingga ke anak cucu.

“Semoga kita terus bersatu hati agar generasi akan datang dapat mewarisi sebuah negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya