Ramai usia baru 30 an tidak ‘fit’, elok sertai PLKN - Utusan Malaysia

Ramai usia baru 30 an tidak ‘fit’, elok sertai PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selebriti serba boleh, Alif Satar berpendapat pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah usaha yang baik untuk mengembalikan semangat patriotisme dalam kalangan belia.

Bukan itu sahaja, Alif turut merasakan program PLKN 3.0 ini akan dapat membantu ramai belia yang dilihat tidak lagi cergas sebaik sahaja mencecah usia 30-an.

“Saya rasa tak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu, kerana perkara itu akan menyebabkan ia dipandang negatif. Saya lihat sekarang ramai dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun tidak ‘fit’.

“Program ini juga mampu membantu mereka menjalani hidup lebih sihat dan berdisiplin,” katanya yang juga merupakan bekas ikon PLKN 2009.

Alif ditemui Utusan Malaysia ketika ditemui di sidang media drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz, semalam.

Penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini juga menyarankan kepada mereka yang berkelayakan untuk tidak melepaskan peluang menyertai PLKN.

“Bila sesi pendaftaran dibuka, tak perlu fikir panjang. Daftar sahaja!” ujarnya.

Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengumumkan PLKN bakal dikembalikan membabitkan belia berusia 16 hingga 35 tahun dalam dua fasa.

Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

PLKN Fasa 2 pula bakal diadakan selepas peperiksaan SPM di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Pengguna laman sosial memberikan respons yang pelbagai terhadap berita berkenaan termasuklah segelintir belia yang enggan terlibat dalam program berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya