Ramai tak basuh tangan selepas keluar tandas - Utusan Malaysia

Ramai tak basuh tangan selepas keluar tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJI selidik Majlis Kebersihan Global (GHC) mendapati 65 peratus murid sekolah rendah memaklumkan mereka melihat ramai individu tidak membasuh tangan selepas keluar tandas. 

Kajian global di beberapa negara di Asia itu membabitkan 5,000 responden dalam kalangan ibu bapa, guru dan murid berusia lima hingga 10 tahun itu turut mendapati 50 peratus berpandangan tabiat tak basuh tangan, memberikan risiko kecil mendapat penyakit. 

Pengerusi GHC, Prof. Elizabeth Scott yang mengetuai tinjauan tersebut turut mendedahkan 40 peratus murid tidak menggunakan sabun ketika mencuci tangan, manakala, 27 peratus pula tak tahu cara membasuh tangan dengan betul. 

“Amalan yang dianggap remeh dan dipandang sambil lewa ini menimbulkan kegusaran kerana mencuci tangan adalah sebagai satu cara menangani kerintangan antibiotik (AMR) melalui pengurangan risiko jangkitan serta keperluan antibiotik,” katanya pada forum Hari Mencuci Tangan Sedunia 2023 anjuran Dettol dengan kerjasama GHC, Kementerian Kesihatan dan Watsons di sini baru-baru ini. 

Turut serta Pakar Virologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zamberi Sekawi dan Pengarah Pemasaran Kesihatan Reckitt di Malaysia dan Singapura, Tiffany Tang. 

AMR diiktiraf sebagai antara ancaman terbesar kepada kesihatan manusia. Pada 2019, 4.95 juta orang kematian, berkait rapat dengan jangkitan bakteria yang kebal daripada antibiotik. 

Jika tiada tindakan diambil bagi menghentikan penyebaran AMR, angka ini boleh meningkat kepada 10 juta kematian setahun menjelang 2050, sekali gus menyebabkan pembedahan caesarean akan mengalami risiko lebih besar.

KURANGKAN RISIKO 

Dalam memerangi penyakit berjangkit, Dr. Zamberi menjelaskan amalan kebersihan yang baik adalah barisan pertahanan utama individu. 

Katanya, cabaran global yang ditimbulkan oleh penyakit berjangkit, menekankan keperluan mematuhi langkah-langkah asas yang berkesan seperti membasuh tangan. 

“Di negara ini, lima jangkitan paling biasa berada di tangga teratas sejak 2021 ialah Covid-19, demam denggi, tuberkulosis, keracunan makanan serta Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). 

“Tiga daripada penyakit itu (Covid-19, keracunan makanan dan HFMD), boleh dikurangkan melalui amalan kebersihan tangan yang baik dan dijadikan rutin harian,” katanya. 

RAIH MBOR 

Sementara itu, Tang berkata, Dettol menjadi nama dipercayai bagi perlindungan kuman terus memacu amalan kebersihan baik dan membantu menanam tabiat mencuci tangan di 700 lokasi dengan sasaran untuk mendidik lebih 500,000 pembeli dalam tempoh enam bulan. 

Penganjuran aktiviti seperti Hari Mencuci Tangan Global dan Hygience Hour, menggalakkan perubahan tingkah laku positif serta memberi inspirasi untuk pelaksanaan amalan kebersihan lebih baik. 

“Kita boleh mengurangkan beban penyakit dengan menawarkan penyelesaian terbaik kepada masyarakat bagi menggalakkan perubahan tingkah laku serta memotivasikan tabiat kebersihan berterusan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya