Raja Muda Perlis berkenan lawat Yunnan State Farms Group - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berkenan lawat Yunnan State Farms Group

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan mengadakan lawatan ke Yunnan State Farms Group di Yunnan Agricultural Reclamation Building, Kunming, China, baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Yunnan State Farms Group di Yunnan Agricultural Reclamation Building, Kunming, China baru-baru ini.

Menerusi lawatan itu, baginda turut dipersembahkan tayangan video korporat pengenalan mengenai organisasi berkenaan.

Delegasi yang hadir juga berkesempatan melihat sendiri proses-proses bagi menghasilkan setiap produk pertanian organisasi itu untuk diagihkan dalam negara dan dieksport ke negara luar.

Untuk rekod, Yunnan State Farms Group menjalankan perniagaan produk pertanian seperti kopi, minyak, buah-buahan, sayur-sayuran, cendawan, bahan makanan segar dan beberapa lagi.

Di samping itu, organisasi ini juga menjalankan perniagaan di peringkat global dengan negara-negara Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan dan Eropah.

Yunnan State Farms Group juga menubuhkan cawangan mereka di bandaraya lain seperti Shanghai, Dubai dan Singapura bertujuan bagi meluaskan perniagaan di samping meningkatkan daya saing peringkat global.

Keberangkatan tiba baginda dalam lawatan berkenaan disambut oleh Pengurus Besar Yunnan State Farms Group, Chen Yunzhong, Pengerusi Yunnan Commercial Group, Di Wen dan Timbalan Pengurus Besar Jabatan Perancangan dan Pembangunan Yunnan State Farms Group, Yin Yudong.

Turut mengiringi baginda ialah Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab.

Dalam lawatan sama, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan meluangkan masa melawat Pasar Bunga Dounan di Dounan Village, Nanchenggong, Kunming yang merupakan salah satu pasaran perdangangan bunga terbesar di Asia.

Terdapat lebih 500 kedai dan gerai bunga beroperasi di pasar ini yang menjual pelbagai spesies tempatan seperti bunga ros, teratai, Moth Orchids, Forget-Me-Nots, African Daises dan beberapa lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya