Projek naik taraf Hospital Pontian tetap dilaksana

Projek naik taraf Hospital Pontian tetap dilaksana

HASRUNIZAH Hassan ( tiga dari kiri ) memegang minyak masak jenama Peladang yang dijual di Pusat Jualan Peladang Outlet , PPK Ayer Baloi, di Pontian, Johor.-UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Projek menaik taraf Hospital Pontian tetap dilaksanakan walaupun tiada permohonan dari pentadbiran daerah dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), RMK-11 dan RMK-12.

Menegaskan perkara tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kawasan Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan bangunan tambahan dua Blok dengan 150  katil.

Katanya, ketika ini, timbul kekeliruan mengenai projek tersebut kerana ada pihak mendakwa projek tersebut dibatalkan kerana tidak termasuk dalam ketiga-tiga RMK berkenaan.

“Sebenarnya tidak benar tanggapan itu kerana perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan belanjawan pada tahun 2022.

“Ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang memperhalusi perkara tersebut termasuk dari segi reka bentuk bangunan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Jualan Peladang Outlet, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ayer Baloi, di Kampung Parit Panjang, disini, pagi ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Ayer Baloi, Mohd. Yusof Yunos dan Pengurus Besar PPK Ayer Baloi, Zainal Ali.

Tambah Hasrunizah, projek tersebut amat perlu bagi daerah Pontian yang kini mempunyai penduduk kira-kira 230,000 supaya mereka mendapat perkhidmatan yang terbaik seperti mana daerah-daerah lain.

“Sebagaimana perbincangan dengan pelbagai pihak, kami berharap kerja-kerja pembangunannya dapat dilakukan pada tahun hadapan bagi membolehkannya beroperasi pada awal tahun 2025 atau 2026,” jelasnya.

Katanya, dengan adanya tambahan katil serta peralatan yang lebih moden, ia mampu memberikan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai termasuk perkhidmatan doktor pakar dan sebagainya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya