Program Setahun Bersama Kerajaan Madani dekati rakyat 8 Disember ini

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani dekati rakyat 8 Disember ini

PENGANJURAN Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada 8 hingga 10 Disember depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pencapaian setahun kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipromosikan kepada rakyat melalui penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada 8 hingga 10 Disember depan.

Menerusi kenyataan Sekretariat program itu, ia bertujuan menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan.

Katanya, program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu turut bermatlamat membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

“Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

“Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, Daya cipta, hormat, keyakinan dan Ihsan,” katanya hari ini.

Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama program itu yang akan diadakan di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus kementerian-kementerian bersama rakyat dan Jualan Mega Madani.

Katanya, rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian kerajaan melalui pameran pencapaian semua kementerian berserta perancangan jangka masa panjang kerajaan.

Perdana Menteri dijangka merasmikan penutupan program itu pada 10 Disember dan akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya