Program RIH Unimap beri impak besar pada komuniti - Utusan Malaysia

Program RIH Unimap beri impak besar pada komuniti

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar bersama para graduan sidang ke-3 sempena Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu Unimap, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Program Rumah Ibadat Hijau (RIH) yang dilaksanakan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah memberi impak yang cukup besar kepada komuniti.

Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bersama komuniti setempat itu ternyata memberi impak besar apabila masjid-masjid terpilih dilengkapi dengan teknologi kelestarian yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, elemen-elemen teknologi hijau yang telah diterapkan di masjid-masjid ini menjadikan faktor utama ianya diiktiraf sebagai zon rendah karbon oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 atau ‘Low Carbon Cities 2030 Challenge’.

Baginda bertitah, keindahan dan kecanggihan infrastruktur semata-mata tanpa disusuli dengan kekayaan pengisiannya adalah tidak bermakna.

“Peranan Unimap sebagai medan ilmu utama amatlah dititikberatkan. Saya menyeru kepada Unimap untuk terus mempastikan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan komuniti setempat terus dipertingkatkan”, titah baginda.

Baginda merangkap Canselor Unimap bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan sidang ke-3 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu Unimap, Kampus Alam Pauh Putra di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli beserta pengurusan tertinggi universiti.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Seramai 484 graduan yang terlibat pada sidang kali ini terdiri daripada siswazah Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya