PRK Kemaman: Che Alias akur tidak dipilih kekal calon   - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Che Alias akur tidak dipilih kekal calon  

CHE ALIAS ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Penyandang kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Abd. Hamid, akur dengan keputusan pucuk pimpinan Pas tidak mencalonkannya semula bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, 2 Disember ini. 

Che Alias berkata, beliau berlapang dada menerima segala keputusan parti yang meletakkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya dari awal beritahu, semua keputusan (meletakkan calon) bergantung kepada pimpinan parti dan saya berlapang dada (tidak dicalonkan). 

“Pas Kemaman menyokong penuh pelantikan Dr. Sam (Ahmad Samsuri) sebagai calon PRK Kemaman dan saya harap pengundi Kemaman turut memberikan sokongan seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Pengisytiharan Calon Pas PRK Kemaman di sini, malam tadi. 

Pengumuman Naib Presiden Pas  itu sebagai calon PRK Parlimen Kemaman dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Che Alias berkata, dia yakin Menteri Besar Terengganu tersebut akan menang dengan majoriti hingga 30,000 undian. 

“Pengundi di Kemaman, sebahagiaannya telah mengenali Ahmad Samsuri, InsyaAllah sokongan boleh bertambah lagi. 

“Lagipun, beliau mudah mesra dengan anak muda dan sebelum ini pun beliau sering turun ke Kemaman,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab Ghani hanya memperoleh 506 undian.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya