Presiden Persatuan Hoki Perak dapat Datuk - Utusan Malaysia

Presiden Persatuan Hoki Perak dapat Datuk

MOHD. SAYUTI ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd Sayuti Abdul Samad kini bergelar Datuk apabila menerima anugerah Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Muizzudin Shah tahun ini.

Mohd. Sayuti, 65, adalah antara 13 individu yang dikurniakan anugerah DPMP.

Seramai 238 menerima Darjah Kebesaran serta Pingat Negeri Perak.

Sayuti ketika dihubungi bersyukur dengan anugerah yang diterima.

“Saya berterima kasih kepada Tuanku di atas pengurniaan ini. Saya akan menerima anugerah ini Ahad ini,” katanya .

Selain Sayuti, beberapa atlet turut menerima pingat berikutan sumbangan mereka.

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, Shereen Samson Vallabouy dan Muhd. Shafiq Puteh menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) berikutan sumbangan mereka pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou bulan lalu.

Muhammad Azeem memenangi pingat gangsa bagi acara 100 meter lelaki, Shereen Samson Vallabouy, 25, memenangi gangsa acara 400 meter dan 4×100 meter wanita manakala Muhd. Shafiq, 28, menang pingat perak acara terjun tiga meter papan anjal seirama. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya