Prasanth Kumar baca makna ayat Surah Al-Kahfi ketika berucap

Prasanth Kumar baca makna ayat Surah Al-Kahfi ketika berucap

PRASANTH KUMAR Brakasam ketika sesi penggulungan perbahasan Kongres Nasional Tahunan AMK di Putrajaya. - FOTO FB AMK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas umat Islam gempar dengan tindakan seorang pemimpin DAP yang membaca petikan ayat al-Quran pada September lalu, kini perkara sama berulang lagi.

Namun kali ini, ia diungkapkan Naib Ketua Anak Muda Keadilan (AMK), Prasanth Kumar Brakasam ketika akhir perbahasan sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, di sini semalam.

“Saya ingin mula ucapan dengan petik ayat 13 Surah Al-Kahfi mengenai kisah beberapa pemuda beriman,” katanya pada sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan AMK itu.

Ucapan beliau itu bagaimanapun bukanlah baharu kerana pernah dilafazkannya sewaktu membahaskan ucapan dasar Ketua AMK ketika kongres sama di Melaka pada 2019 lalu.

Beliau ketika itu Ketua AMK Melaka dan Cabang Jasin di negeri tersebut juga membaca terjemahan ayat sama sebagai pengajaran agar berani bangkit melawan pemimpin zalim.

Seperti juga dilakukannya sebelum ini, beliau tidak menyatakan rujukan bagi tafsiran ayat itu berdasarkan sumber kitab yang mana atau pandangan mana-mana ulama muktabar.

Video mengenai ucapan Pransath selama lima minit itu ada disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang rasmi AMK yang hanya ditonton kurang 50 orang sahaja.

Sebelum ini pada 13 September lalu, masyarakat Islam kecoh apabila tular satu video Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How membuat tafsiran beberapa ayat al-Quran.

Insiden itu menjadi kes polis apabila sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan dan mendakwa pemimpin DAP yang bukan Muslim itu sebagai cuba menghina kesucian Islam.

Beliau namun segera membuat permintaan maaf secara terbuka selain hadir memberikan keterangan di sebuah balai polis bagi membantu siasatan sejurus pulang dari luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya