PRK Kemaman: Polis Terengganu terima lima laporan salah laku  - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Polis Terengganu terima lima laporan salah laku 

MAZLI MAZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah menerima lima laporan berhubung dakwaan salah laku pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata, kelima-lima laporan itu dibuat oleh Pas terhadap Barisan Nasional (BN) dan kertas siasatan telah dibuka.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya belum dapat menjelaskan secara lebih terperinci kesalahan berkenaan dengan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Setakat ini, kita telah terima lima repot polis berkenaan dengan PRK Parlimen Kemaman yang disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kesemua laporan dibuat Pas sejak kelmarin sehingga hari ini dan maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Laporan berkenaan dipercayai antara lain berkait dakwaan Pas terhadap Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang didakwa memfitnah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Melalui video yang tular di media sosial, Ahmad dikatakan menjalankan kempen PRK Kemaman secara jijik dan berniat jahat dengan mendakwa Abdul Hadi mandi berbogel di dalam kolah di Masjid Rusila, Marang.

Bagaimanapun tarikh dan lokasi video berkenaan tidak dapat dipastikan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat, sebelum ini dilaporkan berkata, PAS akan membuat laporan polis berhubung perkara itu serta kesalahan BN yang lain sepanjang kempen PRK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya