Polis sedang mengenal pasti Mr. H yang dikaitkan Agus

Polis sedang mengenal pasti Mr. H yang dikaitkan dengan video perbualan lucah mirip Agus

agus
Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular.

Menurut Mohamad Agus, video itu, telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan turut menyebut Mr H.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” kata Hussein.

Sementara memetik BERNAMA, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis akan memanggil Mohammad Agus  sekali lagi untuk dirakam keterangan.

Beliau berkata, pihak polis telah memanggil Mohammad Agus untuk diambil keterangan.

“Sepatutnya hari ini (kelmarin) sambung (rakam keterangan) tetapi beliau (Mohammad Agus) tidak sihat,” katanya ringkas kepada Bernama.

Razarudin berkata tempat untuk menyambung rakaman percakapan Mohammad Agus akan ditentukan kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya