Polis Melaka lupus dadah RM1.6 juta

Polis Melaka lupus dadah RM1.6 juta

PEGAWAI dan anggota JSJN Melaka bersama dadah yang dilupuskan di pusat pelupusan Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah seberat hampir 102 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dadah yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan membabitkan 2,835 kertas siasatan yang dibuka sejak 2004 sehingga tahun lepas.

Katanya, kesemua barang kes tersebut telah selesai dianalisis oleh Jabatan Kimia serta proses prosiding perbicaraan di mahkamah.

“Antara dadah yang dilupuskan adalah heroin seberat 2,930.15 gram, kanabis (15,854.05 gram), methamphetamine (6,466.19 gram), ketamin (1,166.04 gram) dan nimetazepam (253.63 gram).

“Barangan lain adalah cecair Mitragynine (60,067.80 liter), pepejal mitragynine (13,095.20 gram), codeine (1,052.39 mililiter) dan lain-lain racun (1,002.81 gram),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, pelupusan barang kes menggunakan khidmat kepakaran dan kemudahan milik syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. di pusat pelupusan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan proses pelupusan barang kes dibuat mengikut piawaian alam sekitar dan prosedur pelupusan barangan berjadual.

“Polis Melaka sentiasa komited serta serius dalam membanteras sebarang penyalahgunaan dadah dan menyeru agar masyarakat dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya