Polis kumpul risikan jika ada ancaman babit isu Palestin

Polis kumpul risikan jika ada ancaman babit isu Palestin

RAZARUDIN Husain memeriksa perbarisan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih SIRI 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul risikan sekiranya terdapat sebarang ancaman ekoran kelantangan Malaysia dalam Perang Palestin-Israel.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tahap keselamatan negara ketika ini berada pada yang sangat baik.

“Buat masa ini, tiada ugutan secara terus tetapi kita masih mengumpul risikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih SIRI 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan pegawai-pegawai kanan polis.

Dalam majlis sama, sebanyak 538 orang pelatih berjaya menamatkan latihan mereka.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan PDRM memantau sebarang penglibatan rakyat Malaysia dengan mana-mana agensi perisikan asing termasuk Mossad di negara ini.

Razarudin memberitahu Utusan Malaysia, beliau mengakui kemungkinan kehadiran pihak perisikan asing namun risikan dan pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan negara terjamin.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya hanya mengesan penglibatan rakyat tempatan yang diupah untuk tugas tertentu tanpa mengetahui identiti sebenar pihak yang mengupah mereka.

Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya