Polis kesan suspek disyaki curi kabel di Air Itam - Utusan Malaysia

Polis kesan suspek disyaki curi kabel di Air Itam

TANGKAP layar video tular yang memaparkan suspek kes curi kabel di Air Itam, Pulau Pinang yang melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis sedang memburu sekumpulan individu yang disyaki mencuri kabel sebuah syarikat telekomunikasi di kawasan Air Itam, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, polis menerima laporan oleh seorang kakitangan syarikat telekomunikasi pukul 8.30 pagi semalam berkenaan kehilangan tujuh batang kabel dengan empat batang kabel dipotong serta ditinggalkan di atas jalan.

Katanya, kejadian itu melibatkan kerugian ialah kira-kira RM15,000.

“Suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian selepas menyedari kehadiran kakitangan syarikat telekomunikasi tersebut.

“Suspek menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna putih dan kereta Honda Accord berwarna kuning, pihak polis masih mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video dua buah kereta yang dipercayai dipandu suspek yang mencuri kabel di kawasan Air Itam, di sini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan pihak polis meminta orang ramai tidak menularkan rakaman video tersebut bagi mengelak sebarang spekulasi.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menyalurkan kepada pihak polis.

“Mereka boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes tersebut iaitu Sarjan Mohd Syazwan Md. Sahimi ditalian 04-21811831 bagi membantu siasatan,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN