PN akan tentang cubaan gugat asas negara - Hamzah - Utusan Malaysia

PN akan tentang cubaan gugat asas negara – Hamzah

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang memberi jaminan Perikatan Nasional (PN) akan menentang sepenuhnya cubaan mana-mana pihak yang mengganggu-gugat asas negara termasuk undang-undang syariah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN juga akan mempertahan dan memperkasakan apa jua yang menjadi asas kepada pembentukan negara.

“Hari ini (semalam) saya dan Ahli-Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengikuti sesi taklimat khas mengenai cabaran dan kemaslahatan undang-undang syariah di negara ini yang cuba diganggu-gugat oleh pihak tertentu.

“Taklimat disampaikan peguam Lukman Sheriff Alias dan turut serta dalam sesi taklimat khas hari ini (semalam) adalah Gerakan Selamatkan Syariah.

“Satu memorandum bagi menyelamatkan undang-undang syariah juga diserahkan kepada kami untuk diangkat dan diperjuangkan di Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, lewat petang semalam.

Ketika ini, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman dilapor memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 November ini bagi menyambung pendengaran petisyen tersebut.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari sebulat suara membenarkan Iki Putra mencabar keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung kesalahan seks luar tabii.

Mahkamah membuat keputusan enakmen kesalahan syariah yang termasuk dalam senarai Persekutuan, secara automatik adalah terbatal.

Dalam pada itu, PN semalam dilapor mahu menganjurkan siri perhimpunan pada 16, 18 dan 20 November ini bagi membantah petisyen dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Perhimpunan tersebut masing-masing diadakan di Terengganu, Kelantan dan perhimpunan munajat di Istana Kehakiman, Putrajaya pada waktu pagi (20 November). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya