SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Musolla Asy Syafi Hospital Sultan Idris Shah, di sini, bersama kira-kira 600 jemaah, hari ini.
Beliau tiba di masjid itu pada pukul 1.05 petang, sambil disambut jemaah.
Perdana Menteri kemudiannya bersama jemaah mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Memelihara Kesucian al-Quran Tanggungjawab Bersama’ yang dibacakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Mohamad Nazri Sobirin.
Solat Jumaat diimamkan oleh Pengurus Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, Muhammad Ali Mohd Yunus.
Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) menikmati juadah makan tengah hari yang disediakan.
Anwar meluangkan masa selama kira-kira 30 minit bersama jemaah sebelum meninggalkan masjid sekitar pukul 2.20 petang. – UTUSAN